Saturday 4 June 2011

Sistem Elektronik 1 - ( Bab 1 - Bahan Semikonduktor - 1.6. Proses Pengedopan -1.6.2 Semikonduktor Ekstrinsik )

1.6.2 Semikonduktor Ekstrinsik

Biasanya bendasing atau bahan dopan diresapkan ke dalam semikonduktor
intrinsik bagi menghasilkan peranti-peranti semikonduktor. Bahan
semikonduktor tulen jika dicampurkan dengan bahan asing, ia akan menjadi
tidak tulen lagi. Dalam keadaan ini ia akan menjadi bahan yang banyak
kegunaannya. Proses percampuran ini dinamakan proses serapan, iaitu
proses memperbanyakkan salah satu pembawa arus (elektron bebas atau
hol) dalam semikonduktor. Bendasing yang digunakan dikenali sebagai
Trivalens (mempunyai 3 elektron valens) atau Pentavalens (mempunyai 5
elektron valens). Contoh bendasing trivalens ialah Aluminium, Boron, Galium,
dan Indium manakala contoh bendasing Pentavalens ialah antimoni, arsenik
dan fosforus. Peresapan bendasing itu akan menghasilkan semikonduktor
ekstrinsik.
Oleh itu, semikonduktor ekstrinsik ialah penghasilan daripada dengan
memasukkan bendasing ke dalam semikonduktor intrinsik dengan sedemikian
cara supaya ketumpatan elektron atau lubang dinaikkan (selalunya dengan
beberapa peringkat magnitud). Semikonduktor ekstrinsik banyak digunakan
didalam pembuatan komponen-komponen demikonduktor seperti diod,
transistor dan litar bersepadu.
Bendasing yang menyumbangkan elektron pengaliran dalam semikonduktor
digelar bendasing penderma. Pegedopan bendasing pentavalen iaitu
fosforus, antimoni dan arsenik akan menghasilkan lebihan elektron. Bahan
semikonduktor ini dinamakan bahan jenis N. Bendasing yang diserapkan
dengan trivalens iaitu aluminium, galium, boron dan indium akan
menghasilkan bahan yang dinamakan bahan jenis P

No comments:

Post a Comment