Saturday, 4 June 2011

Sistem Elektronik 1 ( Bab 1 - Bahan Semikonduktor - 1.1 Struktur Atomik - 1.1.1 Pengenalan))

 UNIT - 1
PENGENALAN ASAS SEMIKONDUKTOR

Selepas tamat topik ini anda akan dapat:
1) Membincangkan struktur asas atom
2) Mendifinisikan nukleus, proton, neutron and elektron
3) Menerangkan konfigurasi elektron

1.1 STRUKTUR ATOMIK

1.1.1 Pengenalan

Atom mempunyai tiga zarah yang bercas seperti dinyatakan dalam jadual
berikut.
Zarah                          Cas
Neutron (n)                  Neutral
Proton (p) +1               ( Positif)
Elektron (e) -1             (Negatif

Jadual 1.1 : Zarah Asas Atom

Atom neutral akan mempunyai bilangan proton yang sama dengan bilangan
elektron. Proton akan mempunyai cas yang bertentangan dengan elektron.
Oleh itu, atom adalah neutral dari segi cas. Nukleus pula terdiri daripada
proton dan neutron manakala elektron-elektron akan berputar mengelilinginya.
Sebahagian besar jisim atom akan ditumpukan di dalam nukleus. Oleh itu,
elektron-elektron yang mengelilingi nukleus hampir-hampir tidak mempunyai
jisim. Nukleus atom adalah sangat tumpat. Ruang di antara nukleus dan orbitorbit
elektron adalah vakum. Oleh itu, kebanyakan ruang atom adalah vakum.
Nukleus akan sentiasa bercas positif kerana nukleus mempunyai proton yang
bercas positif. Contohnya, jika sesuatu atom mempunyai tiga proton maka
nukleus akan bercas 3+. Selain itu, bilangan proton yang terdapat dalam
nukleus akan menentukan sifat sesuatu atom. Contohnya, hidrogen
mempunyai satu proton dan helium mempunyai dua proton. Ini akan
menyebabkan sifat-sifat hidrogen jauh berbeza daripada sifat-sifat helium.

No comments:

Post a Comment