Saturday 4 June 2011

Sistem Elektronik 1 - ( Bab 1 - Bahan Semikonduktor - 1.2. Elektron Valens )

1.2 ELEKTRON VALENS

Selepas tamat topik ini, pelajar akan dapat :
1) Menerangkan elektron valens
2) Membezakan unsur monovalent, tetravalent dan pentavalent.



Elektron-elektron akan bergerak mengelilingi nukleus dalam orbitnya yang
tersendiri. Setiap orbit mempunyai sejumlah elektron yang tertentu. Elektron
yang terletak pada petala yang paling luar dinamakan sebagai elektron
valens. Contohnya sulfur mempunyai enam elektron di petala terluar, oleh itu
sulfur akan mempunyai enam elektron valens. Bahan lain seperti sodium dan
tembaga mempunyai satu elektron di petala terluar. Oleh itu, bahan ini
dikenali sebagai monovalent elements. Ge dan Si mempunyai empat elektron
valens, oleh itu, bahan ini dikenali sebagai tetravalent elements. Bahan-bahan
ini akan dikelaskan mengikut kumpulan-kumpulan tertentu di dalam jadual
berkala. Jumlah elektron valens bagi setiap bahan adalah sama dengan
nombor kumpulan masing-masing. Contohnya, monovalent element seperti
Sodium dan Tembaga akan berada dalam kumpulan pertama manakala
tetravalent element seperti Si an Ge akan berada dalam kumpulan keempat.
Elektron valens yang terdapat pada setiap bahan akan menggambarkan sifatsifat
bagi bahan tersebut. Dalam separuh pengalir, elektron valens ini akan
menentukan sama ada bahan tersebut tergolong di dalam lingkungan pengalir
mahupun penebat. Sebagai contoh bahan yang mempunyai elektron valens
sebanyak satu hingga tiga (1ev – 3ev), bahan ini dikategorikan sebagai
pengalir, kerana atom-atomnya lebih cenderung untuk melepaskan saja
elektron-elektron valensnya dan menjadi elektron yang bebas bergerak dari
satu atom ke atom yang lain. Bahan yang mempunyai elektron valens di
antara lima hingga lapan (5ev – 8ev) akan dikategorikan sebagai penebat
manakala bahan yang mempunyai empat elektron valens (4ev) akan
tergolong sebagai bahan separuh pengalir.
Secara ringkasnya ia boleh diketogerikan sebagai lapisan paling luar sesuatu
atom dinamakan Lapisan Valensi. Manakala elektron yang berada pada
Lapisan Valensi ialah Elektron Valensi. Maksimum elektron pada lapisan
valensi ialah lapan elektron atau dengan kata lain lapisan valensi tidak akan
memuatkan lebih dari 8 elektron valens.
Apabila lapisan valens sesuatu atom mempunyai 8 elektron valens (iaitu
jumlah maksimum), atom ini dikatakan stabil. Atom yang stabil tidak
semudahnya membuang atau menerima elektron-elektron lain lagi. Ia
mempau menghindarkan aktiviti elektrik dan kimia. Contohnya gas neon,
argon, krypton dan xenon merupakan atomnya yang telah sedia stabil.

No comments:

Post a Comment