Saturday 4 June 2011

Sistem Elektronik 1 - ( Bab 1 - Bahan Semikonduktor - 1.1. Struktur Atomik - 1.1.3 Konfigurasi Elektron )

1.1.3 Konfigurasi Elektron
Elektron-elektron akan berputar mengelilingi nukleus mengikut lintasan yang
tertentu. Lintasan putaran ini dinamakan sebagai orbit/petala. Setiap petala
boleh diisi oleh sebilangan elektron sahaja. Rajah 1.1 dan Rajah 1.2
menunjukkan jumlah elektron maksimum yang boleh diisi dalam petala 1, 2, 3
dan 4. Jika sesuatu petala telah penuh diisi, maka elektron yang lain perlu
diisi ke dalam petala yang seterusnya. Petala 1, 2, 3 dan 4 masing-masing
dikenal sebagai petala K, L, M dan N. Jumlah maksimum orbit hanyalah 7 ia
dikenali sebagai K, L, M, N, O, P dan Q.


Rajah 1.1 : Orbit / Petala Elektron






1.2 : Jumlah Elektron di Petala 1, 2, 3, dan 4


Konfigurasi elektron ialah susunan elektron di sekeliling nukleus bagi sesuatu
atom. Amnya, elektron-elektron akan menempati petala yang paling dekat
dengan nukleus terlebih dahulu sebelum menempati petala yang lain.
Bilangan maksimum elektron-elektron dalam sesuatu lapisan dapat diketahi
melalui formula 2 x n2, dimana n ialah kedudukan lapisan yang
berkenaan.Contohnya;
Lapisan K (no.1) = 2 x 12 = 2 elektron
Lapisan L (no.2) = 2 x 22 = 8 elektron
Lapisan M (no.2) = 2 x 32 = 18 elektron
Contohnya bagi Atom Klorin mengandungi 17 elektron. Dua elektron akan diisi
ke dalam petala 1 (maksimum dua). Lapan elektron akan diisi ke dalam petala
dua (maksimum lapan) manakala baki tujuh elektron akan diisi ke dalam
petala 3 (maksimum lapan).



Rajah 1.3 : Konfigurasi Elektron Atom Klorin


Atom yang mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama banyaknya,
dikatakan sebagai atom yang seimbang atau atom yang neutral.

No comments:

Post a Comment